Laman Utama

Dipetik Join PLKN, Azfarheri Dan Imran Bard Tunjuk Cara Kawad! Netizen Usik - “Ni Trainer Yang Koyak Nanti”

gempak
Mya Amri
04/11/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Dipetik Join PLKN, Azfarheri Dan Imran Bard Tunjuk Cara Kawad! Netizen Usik - “Ni Trainer Yang Koyak Nanti”
Selepas nama mereka dipetik netizen untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi baharu, pempengaruh media sosial yang disukai ramai, Azfarheri dan Imran Bard memberikan respon mengenai perkara itu.
Namun jangan bimbang, bukanlah memberikan respon negatif sebaliknya mereka muncul dengan video pendek yang mencuit hati netizen.
Video tersebut merakamkan Azfarheri bersama Imran sedang melakukan kawad kaki yang memberi bayangkan sekiranya mereka berdua terpilih untuk memasuki PLKN.
Apa yang mencuti hati adalah gelagat dua sahabat baik ini melakukan kawad secara berterabur dengan wajah yang serius mengundang tawa netizen.
“Kami dalam PLKN,” tulis Azfarheri secara ringkas.
Imran kemudiannya membalas dengan jawapan “kalau nama aku kena petik sekali aku salahkan keluarga kau,” tulisnya berseloroh.
Sementara itu, di ruangan komen tidak hanya netizen yang terhibur malah rakan selebriti juga turut merasakan perkara sama.
Antaranya Mira Filzah, Ruhainies, Anita Baharom, Alicia Amin, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Sehingga kini video yang dimuat naik di Instagram Azfarheri itu mendapat lebih 1 juta tontonan.
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
“Kalau kawad macam ni trainer yang koyak nanti bang hahaha,”
“Ni kawad ke lawan selipar siapa paling kuat hahaha,”
“Elok pun kalau dua orang ni masuk, aku nak minta dorang jadi ketua platun please,”
“Hahahahah tolonglah bagi dua orang ni dapat please! Tak sabar Ya Allah, lucu betul,”

BERITA TRENDING: Azfar Heri, Imran Bard, Kieda Crepe Antara Influencers Dicadang Netizen Sertai PLKN 2.0

BERITA TRENDING: Alif Satar Beri Cadangan Untuk Modul PLKN Baharu - “Masukkan Training Renang, Kayuh Basikal & Lari”

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkongsi mengenai pelaksanaan PLKN yang dikatakan bakal berjalan secara dua fasa, dengan menyasarkan golongan belia Malaysia berumur 16 hingga 35 tahun.
Namun, dalam perkembangan terkini, hanya individu yang lahir pada 2007 dan ke atas sahaja bakal dipilih untuk menyertai PLKN.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live