Didakwa Kaki Propa Hanya Sebab Baju Pengantin, Ruhainies - “Kalau Saya Kahwin Betul Macam Mana Agaknya”
Mya Amri
21/12/2023 03:06 MYT
21/12/2023 03:06 MYT
Pelakon, Ruhainies menjelaskan video tular yang merakamkan dirinya memakai busana pengantin berwarna putih bukanlah sebagai tanda untuk menamatkan zaman bujang.
Sebaliknya kata Ruhainies, busana itu merupakan rekaan pereka fesyen, Fizi Woo dan dia merupakan muse kepada jenama terkenal itu.
“Berkenaan perkara itu, saya ada menghubungi Fizi, saya beritahu mereka ingat saya nak kahwin sebab mereka nampak saya pegang baju kahwin.
“Tapi Fizi kata tak mengapa just follow the flow sahaja. Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka video itu akan jadi viral.
“Komen yang mana sempat, saya ada baca dan saya rasa macam alamak kalau saya kahwin betul macam manalah agaknya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Ruhainies ditemui pada majlis perlancaran koleksi Fiziwoo Bridal RTW 2024 bertempat di Maison Fiziwoo, Setiawangsa.
BERITA TRENDING: Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Ruhainies Mengaku Salah “Biar Saya Seorang Saja Buat Dosa”
Dalam pada itu, ditanya sama ada pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, ini berkecil hati apabila diberi jolokan ‘kaki propa’, ini jawapan Ruhainies.
“Saya dah sembilan tahun dalam industri, tentunya saya sudah bersedia dengan segala apa yang akan timbul contohnya bila dah pakai baju pengantin orang ingat saya kahwin. Saya sudah biasa, dah kebal sekarang.
“Secara jujurnya bila semua orang ingat saya nak kahwin dan ada yang gembira untuk saya, maknanya orang looking forward.
“Sudah tentu perkara itu buat saya lagi gementar, kalau saya betul betul macam mana? Adakah begini rasanya?
“Reaksi daripada peminat dan netizen begini rupanya, jadi saya pula rasa gementar,” katanya sambil tersenyum.
Terdahulu, nama Ruhainies menjadi bualan netizen yang mengatakan pelakon cantik itu seoalah-olah bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Video merakamkan reaksi Ruhainies yang terlihat terkejut dan teruja ketika melihat busana berwarna putih itu kemudiaannya menjadi tular di media sosial.