Hiburan
Didakwa Kantoi Masih Mempunyai Hubungan Dengan Suami Orang, Instagram Fatin Afeefa 'Diserang' Netizen
Pelakon Fatin Afeefa 'diserang' netizen selepas didakwa sekali lagi menjalinkan hubungan semula dengan lelaki yang sama berstatus suami orang di media sosial semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fatin berkongsi sebuah video sedang menggaru hidung beserta kapsyen untuk peminatnya.
"Hidung gatal ah pulek," tulisnya secara ringkas.
Namun menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mula marah dengan melemparkan kata-kata kesat.
Semalam, isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag mendedahkan sendiri menerusi akaun Twitter miliknya.
Mag memuat status kecewa terhadap Fatin kerana mungkir janji dengan mengatakan sudah tidak ada kaitan dengan suaminya.
Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.
Perkara itu tercetus apabila terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan.
Malah kenyataan itu diperkukuh lagi apabila Mag mendedahkan hubungan sulit mereka serta berang dengan apa yang berlaku.
Selepas apa yang berlaku, Fatin berjanji tidak akan melakukannya lagi tetapi lain pulak jadinya kini.
Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak.
Terdahulu dia pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada tahun 2017.
Must-Watch Video