Gelaran Miss Universe Argentina 2024 yang disandang Magali Benejam ditarik semula oleh pihak organisasi Miss Universe selepas secara terbuka mengkritik penganjuran acara dan penyertaan rakan finalis lain.
Benejam melahirkan pendapatnya mengenai acara tersebut dan pengalaman berada dalam pertandingan itu sewaktu menjadi tetamu YouTube milik King Lucho.
Wanita berusia 30 tahun itu antaranya dipetik mendakwa penjurian Miss Universe sebagai tidak telus, cenderung memilih peserta yang digemari dan boleh dipersoalkan.
Selain itu dia yang merupakan Top 12 juga mengkritik salah satu busana yang digayakan finalis dari Puerto Rico, Jennifer Colon.
“Pada saya gaun yang digayakan Colon adalah paling buruk pada malam itu. Saya fikir itu adalah keputusan yang diambil oleh seluruh timnya kerana gaya dia untuk keseluruhan acara nampak cantik,” katanya Colong lagi.
Lantaran kelancangannya itu, pihak penganjur menarik serta merta gelar Miss Universe 2024 dengan menyifatkan mempertahankan integriti dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat.
Miss Universe 2024 dimenangi oleh peserta dari Denmark iaitu Victoria Kjeer Theilvig sekitar dua bulan lalu.