Didakwa Kelihatan Seperti Wanita & Gay, Ini Jawapan Nazim Othman

Syafiqah Jalal
September 5, 2018 06:23 MYT
Sering dituduh kelihatan seperti berimej wanita dan seorang lelaki 'gay', pelakon Nazim Othman akhirnya tampil menjawab persoalan tersebut.
Nazim berkata dia hanya menjadi dirinya sendiri dan bangga dengan kekuatan dirinya.
"Ketepikan semua itu (dakwaan seperti wanita dan gaya). Inilah saya. Tak kira bagaimana penampilan luar saya. Saya sudah merasai pelbagai cabaran dan bangga dengan kekuatan diri," jawabnya.
Nazim menjelaskan perkara itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Selain itu, Nazim memberitahu dia tidak mempedulikan kata-kata orang lain, sebaliknya fokus kepada individu yang sanggup berkorban untuknya.
"Adakalanya kita akan jumpa orang baik. Saya lebih menekankan terhadap individu yang sanggup mengorbankan masa tenaga dan usaha untuk rakan mereka.
"Saya berharap anda akan bahagia dengan kehidupan dan berjaya pada masa depan," katanya lagi.
Menerusi entri tersebut, Nazim memuat naik video yang menunjukkannya sedang bersiap dan bersolek untuk satu sesi fotografi.
Rata-rata pengikutkan bersetuju dengan pendapat dan penjelasan yang diberikan.
#pelakon #Nazim Othman #Pelakon #Gay #Imej Wanita