Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didakwa Langgar Perintah Injuksi, Netizen Perli - “Kakak Ira Kazar Okay Ke Tu?”

Mya Amri
17/01/2023 22:45 MYT
Selepas meraih pelbagai reaksi gara-gara lantang bersuara menerusi beberapa ciapan di Twitter yang didakwa menyindir Puteri Sarah, nama kakak Ira Kazar, Yasmin pula menjadi trending.

Disebabkan itu juga, difahamkan akaun Twitter milik Yasmin sudah dinyahaktif kerana menerima begitu banyak kecaman netizen yang panas hati dengan tindakannya itu.

Tidak hanya terhenti di situ, netizen seolah berpuas hati apabila peguam syarie mewakili Puteri Sarah Liyana Datuk Akberdin Abdul Kader, mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan melanggar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Jun lalu.

Menurut Akberdin, selain isteri kedua Syamsul Yusof itu, bapa Ira, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi dan seorang lagi anaknya, iaitu kakak Ira, Yasmin Kazar didakwa melanggar perintah injunksi berkenaan.

“Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan,” katanya.

BACA: "Kita Akan Minta Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara"- Peguam Puteri Sarah Minta Syamsul Beri Kerjasama

Netizen kini rancak memberikan pendapat mereka mengenai perkara tersebut dan rata-rata memberikan komen berbaur perlian terhadap wanita itu antaranya:




Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar).

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira kira jam 10.25 pagi pada Isnin untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah yang memakai jubah serta tudung serba hitam itu hadir bersama dua orang adik beradiknya.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Kontroversi #Netizen #Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Ira Kazar #Kakak Ira Kazar #Perintah Injuksi #Syamsul Yusif #Yasmin Kazar
;