gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa Layan Peminat Acuh Tak Acuh, Ini Respons Bella Astillah - “Pertama Kali Jumpa & Menilai Saya, Janganlah Begitu…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
09/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Layan Peminat Acuh Tak Acuh, Ini Respons Bella Astillah - “Pertama Kali Jumpa & Menilai Saya, Janganlah Begitu…”
Tular di TikTok video luahan individu yang mendakwa dia menerima layanan kurang baik daripada seorang selebriti ketika mereka berjumpa di sebuah konsert, baru-baru ini.

Layanan kurang baik

Tidak mendedahkan identiti selebriti itu, ndividu tersebut turut mendakwa artis terbabit bersikap acuh tidak acuh ketika diminta mengambil gambar bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Sebak, Syukur Dikurniakan Anak Seperti Ayden - “Ayden Mengajar Mummy Apa Itu Erti Cinta Yang Sebenar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Tahu Ke Mummy Dia Pejuang Sabah…” – Anak Tak Mengaku Orang Sabah, Bella Astillah Mahu Bagi ‘Ceramah’

“Saya ada jumpa dengan seorang artis ini, dia berasal dari Sabah. Saya jumpa ketika di konsert Rossa baru-baru ini.

“Saya cakap lah saya pun asal Sabah, tapi dia punya reaksi macam ‘krik-krik’. Kemudian saya ajak bergambar dan selepas bergambar saya ucap terima kasih.

“Tapi dia hiraukan saya dan terus angkat call,” kata individu itu menerusi video yang dikongsikan di TikTok.
Biarpun tidak menyebut nama mana-mana artis, namun penyanyi dan pelakon, Bella Astillah terpanggil untuk bersuara apabila ramai mendakwa dirinya adalah selebriti yang dimaksudkan.

Mohon maaf

Sedikit terkilan apabila dilabel bersikap kurang mesra dengan peminat, Bella bagaimanapun memohon maaf jika ada sikapnya yang menimbulkan rasa kurang senang individu itu.
“Mula-mula saya nak husnuzon yang itu bukan saya, tapi banyak sangat mentioned nama saya dan awak ada sebut konten dengan YB.

“Ya Allah, pertama kali jumpa dan menilai saya, janganlah begitu. Kadang kala panggilan telefon itu terlalu penting (orang meninggal ke, call dari sekolah anak-anak).

“Tetapi tidak mengapa ramai lagi yang kenal saya. Ketika saya buat persembahan walau penat macam mana pun saya akan layan. Maaf atas kesilapan dan kekurangan dari saya ya,” katanya.
Bagaimanapun ndividu itu bertindak memadam perkongsian berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik dan berkongsi video mengatakan dia sudah menerima mesej peribadi daripada Bella.
Individu itu berkata dia menghormati Bella yang menghantar mesej secara peribadi kepadanya untuk memberi penjelasan dengan baik.
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#peminat
#Syed Saddiq
#Layanan
#Layanan peminat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement