Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Menipu, Putra Amaris Nafi Terlibat Dengan Bisnes Jongkong Emas

Kamaruddin Razal
24/09/2019 12:28 MYT
Pelakon Putra Amaris menafikan dakwaan dia terlibat dengan bisnes jongkong emas seperti yang didakwa beberapa individu.

Beberapa hari lalu, Amaris mendedahkan beberapa kiriman mesej di laman Instagram yang mendakwa kononnya pelakon itu menipu dengan menjual jongkong emas palsu.

Dua tiga hari ini saya dikejutkan dengan mesej DM yang kononnya saya menipu dengan menjual jongkong emas palsu. Apa ni? Saya tidak tahu menahu pun. Tak apa, saya biarkan dulu. Saya nak tengok apa lagi dorg cuba buat. Kalau sampai keterlaluan, saya akan ambil tindakan. Saya akan bagi penjelasan dalam masa terdekat ini.

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official) on


"Sejujurnya, saya rasa kesal dengan kejadian ini. Pastinya ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama saya.

"Perkara ini mendatangkan aura negatif dan tindakan itu boleh membuatkan orang ramai keliru. Paling buruk, ia juga boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pelakon dan usahawan serta memberi kesan buruk kepada nama baik keluarga.

A post shared by PUTRA AMARIS (@amaris.official) on


"Saya memang tak ada kena mengena dengan bisnes jongkong emas. Saya berharap tuduhan negatif seperti ini dapat dihentikan. Saya enggan orang salah faham kerana saya baru sahaja berkolaborasi dengan jenama wangian Francesc Fragrance.

"Kami menghasilkan minyak wangi Francesc Fragrance x Putra Amaris dan kebetulan, kami menggunakan warna emas dan ia berbentuk jongkong emas," kata Amaris.



Tambah Amaris, dia bakal mengambil tindakan jika tuduhan ini masih berlarutan.

"Saya memuat naik paparan skrin di laman Instagram untuk menjelaskan keadaan. Saya mendapatkan nasihat rakan-rakan lain, sekiranya perkara ini berlarutan, saya akan mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak polis.

"Apa yang penting, saya tak mahu ramai pihak tertipu. Saya hanya menjual wangian Francesc Fragrance x Putra Amaris yang berbentuk jongkong emas, bukanlah jongkong emas seperti yang didakwa," katanya lagi.

Siapa yang makan Amaris Mytart tak cukup sebiji kita geng?✋

A post shared by AMARIS MYTART™ (002987696-H) (@amarismytart) on


Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Amran Ismail, 34, ini juga sedang giat mengusahakan perniagaan 'portuguese egg tart' yang diberi nama Amaris MyTart.

"Alhamdulillah, perniagaan itu merupakan hasil usaha saya dan isteri. Mendapat sambutan yang sangat positif, kami sedang dalam perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan Amaris MyTart.

"Setakat ini, Amaris MyTart boleh didapati di laman Instagram @amarismytart dan kiosk di pasar raya ST Rosyam Mart di Setiawangsa," katanya lagi.



Untuk rekod, Amaris mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nur Syazwani Alias pada 5 Januari 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Putra Asytar pada 20 November tahun lalu.
#pelakon #Pelakon #Putra Amaris