Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot
Maliah Surip
03/09/2024 02:55 MYT
03/09/2024 02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Tanpa banyak bicara, pasangan itu berkongsi foto kehamilan yang memaparkan perut sarat Deepika.
Menerusi foto-foto hitam putih yang dikongsikan di Instagram miliknya, perut Deepika dilihat sarat dipercayai menghitung hari untuk bergelar ibu selepas mengumumkan akan melahirkan pada September ini.
Beberapa foto yang dirakamkan menyaksikan aktres itu hanya memakai seluar dengan mendedahkan bahagian perutnya.
Dia juga terlihat sangat gembira bersama Ranveer yang turut memegang perut Deepika yang membawa calon anak pertama mereka.
Perkongsian tersebut membuat ruangan komen Instagram bintang berusia 38 tahun itu dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Deepika pertama kami mengumumkan hamil pada Februari lalu. Pasangan Bollywood yang berkahwin di Lake Como, Itali pada 2018 juga teruja menyambut kelahiran anak mereka September ini.
BERITA TRENDING: Deepika Padukone, Ranveer Singh Bakal Timang Cahaya Mata Sulung September 2024
Deepika, kemudian membalas semua dakwaan tersebut dengan cara yang paling berkesan.Tanpa banyak bicara, pasangan itu berkongsi foto kehamilan yang memaparkan perut sarat Deepika.