Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Didakwa Sekat Ali Puteh Di Media Sosial, Ini Jawapan Isteri Arwah Abam

Zulaikha Yusof 05/05/2020 | 03:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang mengenai kenyataan adik iparnya, pelawak Ali Puteh.
Ali mendakwa dia tidak dapat melihat wajah anak arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana telah disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarga Hidayah.
BACA: "Terkilan Tak Dapat Jumpa Anak Saudara, Nak Tengok di Media Sosial Tak Boleh Sebab Dah Kena Block…” – Ali Puteh
"Untuk hal ini, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Hidayah turut memohon agar semua pihak sentiasa mendoakan kesejahteraan diri dan keluarganya.
"Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga.
"Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan," katanya lagi.
Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Siti Nurhidayah secara 'live' di Facebook.
Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka.
Situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian netizen.
BACA: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
BACA: “Bertaubatlah Dan Minta Maaf Kepada Emak Kerana Dia Kecil Hati” - Ali Puteh Mahu Aliff Syukri Jumpa Ibu
BACA: "Saya Fikir Anak Saya Yang Sudah Pergi Sahaja" - Ibu Arwah Abam
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
#Ali Puteh #Isteri Arwah Abam #Sekat
;