Hiburan
Didakwa Sindir Bella Astillah, Aprena Manrose; "Korang Yang Hati Busuk, Saya Antara Yang Terawal Tahu…"
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Aprena Manrose seakan-akan dikerumuni dengan wartawan ketika ditemu bual menarik perhatian netizen yang rata-rata mengkritik tindakan aktres itu.
Netizen beranggapan tindakan Aprena itu seperti menyindir pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini berdepan kontroversi melibatkan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz.
Bagaimanapun Aprena tampil menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk memerli mana-mana pihak dan menyalahkan netizen yang gemar memikirkan sesuatu negatif.
“Allahuakhbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ni. Korang yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa.
“Korang yang hati busuk. Kes Bella, saya di antara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur.
“Malah saya ada untuk dia, tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri @bellaastillah,” katanya menerusi ruang komen di perkongsian itu.
Sekadar Gurauan Dengan Suami
Pada perkongsian yang sama, Aprena turut menegaskan video tersebut hanya sekadar gurauan antara dia dan suaminya sahaja.
“Content ini hanya gurauan semata-mata antara Saya dan suami. Jangan sesuka hati semudah itu untuk menghukum. Fikir dulu sebelum bercakap,” ujarnya.
Terdahulu, Bella mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang dan lebih parah lagi, penyanyi yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik iparnya sendiri iaitu Eriqa Astillah.
Bella juga sebelum itu mengakui dia hanya mempergunakan pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu selepas tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
BERITA TRENDING: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail
Must-Watch Video