Laman Utama

Didakwa Sudah Bertunang Dengan Individu Berstatus ‘Datuk’, Ini Respon Intan Najuwa

gempak
Asyikin Mayudin
04/03/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sudah Bertunang Dengan Individu Berstatus ‘Datuk’, Ini Respon Intan Najuwa
Susulan tular dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan individu berstatus Datuk baru-baru ini, pelakon Intan Najuwa akhirnya tampil menjawab spekulasi tersebut.
Intan bagaimanapun berkata dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita gembira kepada umum pada waktu yang sesuai.
“Sekarang ini saya rasa belum bersedia lagi nak berkongsi apa-apa tentang peribadi atau hal privasi saya sebab belum masanya.
“Insya-Allah kalau ada masa yang baik dan sudah bersedia, sudah tentu saya akan kongsikan. Saya minta doakan yang baik-baik supaya jodoh saya pun yang baik-baik,” katanya kepada Gempak.
Intan ditemui ketika Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang diadakan di Hotel ST Regis, Kuala Lumpur pada malam Jumaat,
Dalam pada itu, Intan memberitahu dia tidak trauma dengan pertunangan sebelum ini gagal sebaliknya mahu mengelakkan daripada orang berkata buruk terhadapnya dan keluarga.
“Bukan trauma… saya rasa itu semua adalah pengalaman di mana saya perlu menjaga privasi saya dan itu salah satu cara untuk saya mengelakkan daripada orang berkata yang bukan-bukan atau tidak baik terhadap saya, keluarga dan orang keliling.
“Buat masa ini saya hanya boleh kongsi mengenai hal kerjaya atau pun bisnes. Kalau peribadi dan privasi, saya minta maaf sangat-sangat belum bersedia,” ujarnya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Intan sudah mengikat tali pertunangan dengan individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru.
Untuk info, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 bagaimanapun hubungan mereka berakhir disebabkan tiada persefahaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024