Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia

Maliah Surip
03/05/2024 06:45 MYT
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.

Terutamanya apabila ia menyentuh tentang gosip, spekulasi dan kontroversi.

BERITA TRENDING: Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan

PILIHAN PEMBACA: Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”

Rusdi, 54, juga tidak terlepas dengan gosip. Selain isu keretakan rumah tangga, aktor dan pengarah itu didakwa sudah tidak banyak tawaran berlakon sekali gus kehilangan pekerjaan.

Tidak melatah, Rusdi mengaku beliau kini tidak menerima tawaran yang mencurah-curah seperti zaman muda namun tidak pernah putus rezeki sebagai pelakon seperti yang didakwa.

“Betul sekarang tawaran tidak macam dulu yang tidak putus-putus. Sekarang tawaran tidak sebanyak, tidak selalu.

“Kadang rehat dua hingga tiga minggu, akan ada tawaran datang.

“Macam sekarang saya baru habis penggambaran 30 episod sebagai watak utama, cuma orang tidak tahu sebab tidak selalu.

“Tengok peluang dan rezeki Allah tentukan. Insya Allah masih boleh hidup, Alhamdulillah,” kata Rusdi sewaktu ditemui usai tayangan perdana episod pertama naskhah terkini Astro Originals, Framed di Pavilion, Kuala Lumpur.

Bintang filem Waris Jari Hantu, 1957: Hati Malaya dan Leftenan Adnan itu kemudian mengaku tidak mahu ambil pusing apa yang diperkatakan oleh masyarakat atau pengguna media sosial mengenai dirinya.

“Itu hak masing-masing sekarang sudah tidak boleh nak tahan. Netizen Malaysia paling handal dalam dunia, satu dunia takut dengan netizen Malaysia. Jangan main-main.

“Suka hati nak cakap apa, apa yang penting saya tahu diri saya macam mana,” ujar Rusdi sambil berseloroh.
#pelakon #Netizen #Malaysia #Job #Rusdi Ramli