Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Didakwa Tak Bayar Kontraktor Di London, Ini Respons Bonda Rozita - “Saya Berani Untuk Menjelaskan…”

Asyikin Mayudin 03/05/2025 | 23:55 MYT

Nama Bonda Rozita sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang individu mendakwa tidak menerima sebarang bayaran daripada usahawan itu selepas menyiapkan kerja ubai suai kediamannya di London.

Tindakan sudah diambil

Enggan berdiam diri, Rozita atau Rozita Ibrahim tampil menjawab mengenai dakwaan tidak membayar kontraktor tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pun Tak Kaya, Kaya Itu Milik Allah” – Bonda Rozita Pertahan Suami Dituduh ‘Cuci Kaki’ Selepas Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: "Kenapa Tak WhatsApp Saya, Kita Kan Keluarga?" - Rebecca Nur Al-Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Nak Jadi ‘Hero’, Aliff Syukri Enggan Tambah Bara Api - “Takkan Saya Sebagai Pasangan Nak Ikut Beremosi”

Usahawan berusia 61 tahun itu berkata, tindakan sudah diambil terhadap kontraktor tersebut menerusi peguamnya di London dan Malaysia namun enggan memperincikan masalah sebenar sehingga timbul kekecohan.

“Isu viral saya dikatakan tidak membayar hutang kepada kontraktor, saya tak mahu ulas lanjut tentang spekulasi ini dan saya berani untuk menjelaskan tindakan telah pun diambil, peguam di London dan peguam di Malaysia.

“Jadi kalau anda sudah lihat isu viral ini, kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya,” katanya.

Ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya pada Sabtu.

Tak pernah culas

Dalam pada itu, Rozita turut menegaskan dia tidak pernah culas dalam membuat pembayaran setiap perniagaan diusahakan termasuk pusat peranginan dan produk kosmetik miliknya.

“Projek mega Rumah Hutan Bonda dan kilang-kilang bahan mentah produk puluhan juta saya tak pernah lari bayaran,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu mendakwa sudah menyiapkan kerja-kerja ubah suai kediaman Rozita di London termasuk tandas, karpet mewah untuk tujuh bilik dan tangga.

Bagaimanapun mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran daripada usahawan berkenaan. Dakwa individu tersebut, dia bukan sahaja tidak dibayar, malah turut disekat di media sosial apabila bertanya tentang pembayaran.

Isu ini mula tular di aplikasi Threads dan rata-rata netizen meminta agar Rozita tampil menjelaskan perkara sebenar dan melunaskan bayaran kepada individu berkenaan.

#Aliff Syukri #London #Bonda Rozita #Rozita Ibrahim #Kontraktor