Hiburan

Didakwa Tak Ingat Ayah, Anak To'Ki Bersuara

gempak
Fiza Kamarudin
04/07/2020
12:22 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Tak Ingat Ayah, Anak To'Ki Bersuara
Anak kepada penyanyi era 90an To’ki, Noor Hidayah tampil memberi penjelasan selepas luahan hatinya di laman Instagram (IG) mengenai penyanyi tersebut tular baru-baru ini.
Noor Hidayah atau Yaya berkata, selepas entri di IG Storynya tular, ramai pihak mengutuk mereka sekeluarga kerana, kononnya lupa diri selepas hidup senang sehingga sanggup membiarkan bapa mereka hidup susah.
"Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.
"Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap," katanya.
Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburukkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.
"Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara,” ujarnya.
Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.
"Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.
"Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami," katanya.
Artikel Berkaitan:
Sumber/Foto: Berita Harian, Instagram @yayazaky
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024