,
Laman Utama

Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Rakan, 2 Remaja Terima Hukuman Cuci Tandas

Izwan Isa
26/10/2023
05:50 MYT
Dua remaja lelaki yang didapati bersalah atas kesalahan khianat dengan api di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam, Shah Alam pada tahun lalu diarahkan menjalani khidmat masyarakat dengan keutamaan mencuci tandas di daerah Kuala Selangor.
Menerusi laporan Sinar Harian, Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dpada Rabu.
Menruut Peguam Pemerhati Kes, Johan Ariff Salim Khan, mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh diminta menjalani khidmat masyarakat selama 100 jam dalam tempoh enam bulan.
Selain itu, majistret turut mengenakan bon berkelakuan baik bercagar RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selama dua tahun.
Syarat-syarat bon menetapkan dua remaja tersebut perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selama tempoh dua tahun, selain tidak dibenarkan keluar rumah dari jam 8 malam hingga 6 pagi melainkan ditemani ibu bapa dalam tempoh dua tahun dan perlu hadir ke bengkel yang dikendalikan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan sekitar pukul 2.47 petang di Tandas Awam Gelanggang Futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam.
Mereka didakwa telah melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan kepada bangunan tersebut.
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Tindakan dua remaja itu mengundang bahana apabila seorang rakan mereka maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tandas awam di Bandar Puncak Alam.
Dalam kejadian itu, kedua-dua rakan mangsa cuba membantu memadamkan kebakaran, namun api semakin marak dan tidak berjaya dipadamkan sehingga pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Sumber: Sinar Harian
BACA: Ramai Terpegun Tandas Sekolah Secantik Ini! Tapi Ada Juga Risau Sebab…
BACA: Boss Marah Sebab Pergi Tandas Lebih 10 Minit, Wanita Nekad Resign Lepas 3 Hari Kerja​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Saya Kaut Najis Manusia Untuk…”- Fazley Yaakob Dedah Pernah Kerja Cuci Tandas

gempak
14/07/2020
04:52 MYT