,
Laman Utama

Ramai Terpegun Tandas Sekolah Secantik Ini! Tapi Ada Juga Risau Sebab…

Izwan Isa
05/10/2023
11:50 MYT
Baru-baru ini, beberapa keping foto yang didakwa tandas yang telah diubah usai di beberapa sekolah tular di platform X.
Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat pelbagai jenis tema dan konsep yang diterapkan, sehingga tidak kelihatan seperti tandas sekolah normal.
Selain menerima pujian, ada juga beberapa pengguna media sosial yang bimbang jika tandas berkenaan tidak dapat dikekalkan kebersihan dan kekemasannya, dan bakal menerima nasib yang sama seperti tandas sekolah lain.
Hampir selesai dah kot projek tandas-tandas sekolah ni. Semua pakat tunjuk dah ni….
tandas kedai makan dan shoppping complex malu la kalau tak bole buat macam ni! pic.twitter.com/wIpvTe5H25— Ariff Eye Ahmad ™ (@KartunisGandum) October 3, 2023 “Yang penting tandas bersih, praktikal, pengudaraan serta pencahayaan bagus. Dekorasi tak penting sangat sebab cuma kosmetik yang makan belanja.”
“Teringat masa mula pegang jawatan pengawas tahun 1977 diberi tugasan jaga tandas lelaki. Tepuk dahi oooo…”
“Boleh je cakap. Semua boleh cantik. Masalahnya, maintenance. Kita bukan negara yang tahu perihal maintenance! Kita juga suka membiak fahaman vandalisma.”
“Ni masuk mesti kena buka kasut. Kalau tak buka nanti memang akan ada kesan tapak kasut budak kat pintu sebab nak tahan pintu sambil buang air besar sebab pintu tak boleh kunci kunci.”
Terdahulu, sebanyak 7,544 atau 90.3 peratus projek penyelenggaraan kecil Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam proses dan siap dilaksanakan setakat 22 September lepas.
Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pihaknya dengan kerjasama KPM telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kecil melibatkan penyelenggaraan tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta yang bermula pertengahan Julai lalu.
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan. Projek penyelenggaraan ini dijangka dapat disiapkan pada penghujung Oktober 2023.
BACA: [FOTO] Mahligai 20 Tandas Mark Wahlberg Terjual Dengan Nilai RM244 Juta!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Filem

Baik Punya Ah Long: Zizan Imbau Kenangan Berlakon Bersama Allahyarham Adibah Noor - “Ia Satu Penghormatan Kepada Saya

gempak
19/09/2024
13:55 MYT
Pelakon dan pelawak Zizan Razak berbesar hati apabila dapat berlakon bersama Allahyarham Adibah Noor menerusi salah satu naskhah terakhirnya iaitu Baik Punya Ah Long.