Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Mya Amri
03/05/2024 16:35 MYT
03/05/2024 16:35 MYT
Susulan kemunculan penyanyi, Aliff Aziz menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG pada Khamis, kini adik iparnya iaitu Didi Astillah tampil membuat pendedahan terbaharu.
Dedah perbualan Aliff bersama NRF
Didi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aliff yang didakwa memberikan kenyataan tidak benar tentang perkahwinan bersama kakaknya, Bella Astillah semata-mata kerana ingin melindungi Ruhainies.
“So ini lah "last plan" dengan si Ruhainies tu ya? Podcast (jalan terakhir nak jatuhkan kaklong lepas pakai cyber-trooper tak jalan).
“Dan inilah yang awak panggil ‘rocky marriage’ ?(korang check date). Rumah tangga diaorang elok sahaja.
“Untuk suami kakak saya yang bakal bergelar bekas suami, sampainya hati abang tipu orang untuk kebaikan diri sendiri dan si R.
“Ini ke balasan abang dengan pengorbanan kami sekeluarga nak dibandingkan dengan keluarga R yang baru je abang kenal?” dedahnya.
Pendedahan itu turut disertakan dengan bukti tangkap layar perbualan WhatsApp Aliff bersama NRF.
Dalam hantaran yang sama, Didi juga turut mendedahkan Aliff telah menukar kata laluan telefon bimbitnya selepas menjalani penggambaran bersama Ruhainies.
“So called princess treatment yang awak cakap awak bagi dekat kaklong, (that only last few months sampai lah shoot dengan si R habis password semua tukar)
“Untuk pengetahuan, kaklong saya dah bagi awak ‘prince treatment selama 10 tahun,” tulisnya.
BERITA TRENDING: Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
BERITA TRENDING: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.