Siri animasi popular tempatan, Didi & Friends berkolaborasi dengan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi dalam single pop pertama mereka berjudul Takkan Tak Tahu.
Lagu ini bercerita tentang pencemaran alam sekitar dan sejurus itu untuk memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Apa yang menariknya, Sarah membawakan watak sebagai seekor anak kuda di dalam dunia Didi & Friends serta Sarah juga menyanyi dan ‘rap’ dalam lagu ini!
Lagu Takkan Tak Tahu menarik perhatian peminat Didi & Friends dengan
muzik yang rancak, lirik yang comel serta mesej baik yang disampaikan.
Lagu Takkan Tak Tahu telah mendapat 2 juta tontonan di YouTube dalam masa enam hari serta tular di media sosial.
Selain itu, lagu Takkan Tak Tahu turut dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris bertajuk Even I Know That.
Lagu dan lirik lagu ini telah ditulis oleh Mia Palencia yang pernah muncul sebagai penulis lagu serta penyanyi untuk pembukaan Sukan
SEA 2017.
Didi & Friends telah berkolaborasi bersama Hitz Radio Morning Crew, Ean dan Arnold bersama Sarah Suhairi untuk lagu Even I Know That.
Watak Ean & Arnold juga telah dijadikan 3D animasi dalam dunia Didi & Friends sebagai monyet proboscis dan penyu.
Lagu ini telah disiarkan 180 kali di saluran radio Hitz selama lapan hari dan mendapatkan perhatian ramai orang.
Lagu Even I Know That telah dimuat naik di YouTube Didi & Friends dan telah mendapat sebanyak lebih 584,000 tontonan.
Lagu ini juga disokong oleh WWF Malaysia dan Kementerian Alam Sekitar & Air, dimana kedua-dua organisasi menyebarkan link lagu di media sosial mereka.
Jom layan lagu Takkan Tak Tahu dan Even I Know That!
Kamaruddin Razal
Tue Jun 30 2020
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.