HIBURAN
Didiagnos Kanser Payudara, Ibu Neelofa Syukur Dapat Tahu Awal - “Anak-Anak & Suami Menangis…”
Ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan dia disahkan mengidap kanser payudara tahap satu.
Pemeriksaan kesihatan
Menerusi perkongsian di TikTok, Kartini memberitahu dia didiagnos penyakit itu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini.
“Setiap saya buat pemeriksaan kesihatan dan baru-baru ini saya didiagnos kanser payudara tahap satu. Saya tak pernah fikir sebab dalam sejarah keluarga ada kanser.
“Alhamdulillah saya dapat diagnos kanser di peringkat sangat awal. Alhamdulillah syukur pada Allah. Sekarang tempoh untuk saya sembuh dan atas permintaan anak-anak juga minta saya perlahankan perniagaan,” kongsinya.
Tak jangka
Menurut Kartini, dia tidak pernah menyangka akan mengidap penyakit tersebut memandangkan tiada dalam sejarah keluarga mempunyai kanser.
“Mula-mula kita tak tahu keputusan penuh macam mana. Selepas buat permeriksaan kesihatan, doktor minta saya buat biopsi, waktu itu dalam fikiran saya tak terlintas fasal kanser.
“Saya pun tak pernah ambil tahu fasal penyakit kanser ini. Selepas tiga hari keputusan keluar mengatakan saya kansert tahap satu. Saya pun jadi keliru apa itu kanser. Otak tak boleh nak terima,” ujarnya.
Berehat dari perniagaan
Mengambil keputusan untuk berehat dari dunia perniagaan buat sementara waktu, Kartini turut mengakui anak-anak dan suaminya menangis apabila dimaklumkan perkara tersebut.
“Anak-anak dan suami menangis… yang duduk England balik, duduk Sabah pun balik. Jadi, kita pun jadi orang ‘bengong’ macam tak boleh nak terima.
“Kita takkan sangka jika sesuatu perkara itu terjadi atas diri kita sendiri. Barulah kita rasa ‘ouh betullah ini realiti kehidupan, benda yang tak sangka itu yang terjadi’.
“Alhamdulillah dengan diagnos peringkat awal ini kita boleh buat banyak benda dengan cepat dan mudah. Insya-Allah sekarang saya dalam proses penyembuhan dan nak rehat dari dunia perniagaan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Sebagai Kakak, Saya Sudah Lakukan Bahagian Saya" - Neelofa Mohon Henti Kecam Ameera Khan
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ‘Groceries Shopping’ Dua Troli Buat Kaum Ibu Teruja, Ada Juga Yang Usik Teka Jumlah Bil - “Bestnya Tak Payah Tengok Harga”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Titip Doa Agar Neelofa Jadi Pendakwah Tersohor & Bilal Menjadi Hafiz Al-Quran
Sementara itu, Kartini sempat menitipkan pesanan kepada kaum wanita untuk sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan diri.