Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Didie Alias Dedah Asal Usul Nama Pentasnya – “Alias Tu Punca Dia Daripada Datuk Rosyam Nor”

Umirah Halim
15/05/2024 11:30 MYT
Selebriti versatil, Didie Alias bercerita tentang asal usul nama pentasnya dalam satu wawancara bersama pempengaruh Ubai menerusi program Borak Dulu Baru Kamu.

Cadangan Rosyam Nor

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd. @ Ali, 52, penggunaan nama Alias itu dicadangkan oleh pelakon, Datuk Rosyam Nor menerusi filem pertama yang dibintanginya berjudul, Boss.

"Didie tu memang dari sekolah, dia Didie dulu Alias belum wujud lagi, kakak angkat saya dia nak pendekkan nama Fadzilah tu, jadi dia panggil saya Didi.

"Alias tu pula punca dia daripada Datuk Rosyam Nor tiba-tiba untuk filem pertama tajuk Boss tu, asalnya memang dia (Rosyam) tu tahu nama saya Didie tapi tiba-tiba bila keluar poster jadi Didie Alias.

"Lepastu bapa saya pun pelik macam mana nama saya boleh ada Alias, bapa saya ada alias (@) Mohd Ali, jadi dia (Rosyam) ambil yang tengah alias tu, jadilah nama Didi Alias,” jelasnya menerusi temu bual tersebut.

Untuk info filem, Boss (1991) merupakan sebuah filem komedi arahan Z.Lokman yang turut dibintangi oleh Raja Ema, Jasmin Hamid, Rosyam Nor, dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan episod penuh program sembang santai Borak Dulu Baru Kamu Musim 2 yang dihoskan oleh Ubai di semua platform digital Gempak.

Berita Trending: “Kami Maafkan, Lepas Ni Nak Buat Lawak…” - Didie Alias Bagi Warning, Jangan Buat Lawak Libatkan Negara

Berita Trending: “Beliau Sendiri Pernah Bergelar Artis & Jadi Duta Kepada Jenama-Jenama…

#Rosyam Nor #NAMA #Didie #Alias #Asal Usul',
;