Penyanyi Baby Shima terus dihimpit dengan gangguan seksual menerusi kiriman mesej langsung di Instagramnya baru-baru ini.

Berkongsi paparan skrin mesej yang diterima daripada pengguna di media sosialnya itu, Shima digoda dengan kata-kata bernafsu daripada individu berkenaan.

"Babyshima, I sang*p main gan (dengan) you Shima," demikian kiriman mesej kepada Shima.

Bagaimanapun, Shima tidak melatah sebaliknya meminta pengikut di media sosialnya untuk membantunya menguruskan individu terbabit.

"Spiderman ada, superman ada, yang ini superhero terbaru sang*pman. Cuba tolong settlekan, kasihan teruk sang*p dia ni," tulis Shima.



Hal itu menarik perhatian netizen untuk memberikan respon terhadap kisah yang dilalui oleh pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu.

Kata netizen, individu berkenaan seolah-olah tanpa rasa bersalah mencerminkan keperibadian jelek kepada orang awam dengan cara mengganggu artis kesayangan mereka.

"Nanti jap lagi adalah yang salahkan Shima katanya dia yang mengaibkan orang padahal dia tak ada niat pun," tulis seorang pengguna.

Namun, ada juga segelintir yang menyalahkan semula Shima yang menjadi punca kepada kiriman mesej sedemikian.

"Pakai ketat-ketat lagi.

"Tak pelik pun kau kena kacau Shima, tengoklah pemakaian kau macam mana.

"Cuba tanya diri sendiri, kenapa ada lelaki sanggup minta benda tu. Tepuk dada tanya selera.

"Terkadang tu, kira hanya nampak salah orang saja, cuba renung diri kita balik, apa sebab dia cakap macam tu? Mungkin kesilapan pakaian aku, gambar atau video aku post.

"Kadang-kadang punca dari diri sendiri. Fitrah lelaki Allah jadikan memang begitu, berasa syahwat ke atas wanita. Dan bila dia tengok pakaian, gambar dan video Shima mendatangkan syahwat dia.

"Mungkin mamat tu level sang*p dia sampai berani nak PM. Lelaki lain pun suak tengok tapi taklah setahap mamat tu. Apapun berbalik pada diri sendiri, supaya boleh perbaiki dari masa ke masa," demikian antara komen yang ditulis di Instagram Shima.