Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Digelar ‘Ikon Ibu Tunggal’ Oleh Netizen, Rita Rudaini Hanya Mahu Jaga Amanah Allah Dengan Baik - “Ada Ramai Lagi Wanita Seperti Saya Yang…”

Ainun
26/08/2024 13:55 MYT
Selepas kejayaan putera sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, netizen berpendapat pelakon Rita Rudaini sepatutnya menerima pengiktirafan sebagai ‘Ikon Ibu Tunggal’ atas usahanya membesarkan anak-anak tanpa suami disisi.

Menurut pelakon filem ‘Mami Jarum’, dia tidak pernah terfikir untuk mendapatkan sebarang anugerah dalam membesarkan anaknya.

Baginya, ia sudah menjadi tanggungjawab dan amanah yang dikirimkan oleh Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan sempurna.

“Sejak menjadi ibu tunggal selama 11 tahun, saya tidak pernah mengimpikan apa-apa gelaran atas status yang dimiliki.

“Saya menjalani hidup saya sama macam wanita yang senasib dengan saya. Bagi saya, apa yang penting adalah tanggungjawab dan amanah yang Allah titipkan kepada saya iaitu dua anak untuk dipelihara dan dibesarkan dengan baik.


“Saya tidak mahu menjadikan gelaran ibu tunggal sebagai penghalang untuk saya majukan diri dan membesarkan anak-anak sehingga mereka berjaya kelak”, katanya ketika dihubungi Gempak.

Penghormatan


Meskipun menyedari tentang gelaran tersebut yang diberikan oleh netizen, Rita menganggap itu sebagai satu penghormatan buat dirinya.

“Namun, jika ada yang melihat perjalanan saya ini sebagai satu inspirasi buat mereka yang senasib dengan saya, ia satu penghormatan buat saya”, kongsinya.

Cabaran dan Ujian


Dia turut menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai ujian dan cabaran yang berbeza serta kepercayaan kepada Tuhan amat penting dalam kehidupan harian.


“Bagi saya, ada ramai lagi wanita seperti saya yang jauh lebih hebat. Cuma, setiap orang itu diberikan ujian dan cabaran berbeza.


“Tinggal lagi macam mana kita hadapi dan lalui. Paling penting, dalam hidup ini kena sentiasa percaya, Allah adalah sebaik-baik Pelindung”, jelasnya.

BERITA TRENDING: “Semoga Saya Tak ‘Tumbang’ Sebelum Mereka Berjaya” - Luahan Rita Rudaini Untuk Anak Buat Netizen Sebak

BERITA TRENDING: Jaguh Pecut & Berjaya Dalam Pendidikan, Anak Rita Rudaini Mohon Doa Untuk Dapat Jadi Huffaz Al-Quran - “Saya Sudah Dapat Hampiri Hafalan Juzuk 15 & Perlu…”

BERITA TRENDING: Pecah Rekod Sekali Lagi, Rita Rudaini Luah Rasa Bangga Dengan Anak Sulung - "Mommy Bangga!"

BERITA TRENDING: Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"


Sebelum ini, anak kepada Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin telah memecah rekod dalam pelumbaan acara 4x400m dalam kejohanan olahraga di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD).

#Netizen #Rita Rudaini #Ibu Tunggal #amanah #Airit Rayyan Rizqin
;