VIRAL

Digelar Tak Ada ‘Class’ Sebab Perli Bekas Suami, Cik Epal Bidas Netizen - “Aku Tak Pernah Hadap ‘Validation’ Orang Untuk Nampak ‘Classy’”

Mya Amri 06/04/2025 | 01:59 MYT
Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang melihat hantaran ucapan berbaur sindiran dilakukan oleh personaliti media sosial terkenal, Cik Epal terhadap bekas suaminya, Jofliam yang baru mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Tak hadap diri nampak 'classy'

Menyedari hal tersebut, Cik Epal bagaimanapun mengakui tidak terkesan dengan kata-kata negatif netizen terhadap dirinya.
Malah kata Cik Epal, dia tidak memerlukan pengesahan sesiapa untuk membuatkan dirinya nampak ‘mahal’ di mata masyarakat.
Cik Epal sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas berkongsi ucapan tahniah buat Jofliam.
Bagaimanapun menerusi perkongsian di IG, Cik Epal didakwa seakan-akan menyindir bekas suaminya dengan isteri baharu yang dikenali sebagai Dewi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Awak Membimbing Dan Melindungi Saya, Suamiku” - Dewi

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hari Bahagia Hampir Tiba, Dewi Kongsi Persiapan Busana Kahwin - “Final Fitting"

Terdahulu, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”

ARTIKEL BERKAITAN: “10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
#Kahwin #Netizen #Dewi #Perli #Jofliam #Cik Epal