Hari Bahagia Hampir Tiba, Dewi Kongsi Persiapan Busana Kahwin - “Final Fitting"
Wanita yang dikaitkan dengan usahawan Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Dewi memuat naik foto yang memaparkan dia sedang membuat persiapan terakhir untuk hari pernikahannya yang dikatakan bakal berlangsung pada 5 April nanti.
Dalam foto tersebut, Dewi dilihat sedang mencuba busana pernikahannya di sebuah butik pereka fesyen tempatan, Firdaus Hakimi.
“Final fitting,” tulisnya di Instagram Story.
Namun, dia tidak mendedahkan secara terperinci mengenai busana tersebut.
Menguatkan spekulasi tersebut, Dewi turut menggunakan Lagu Pernikahan kita nyanyian Tiara Andini sebagai muzik latar.
Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang individu memuat naik gambar kad undangan perkahwinan milik pempengaruh Jofliam dan pasangannya, Dewi atau nama sebenarnya, Emira Delyati Dewi.