Pelakon utama drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN), Shukri Yahya berkongsi tangkap layar kiriman mesej pengguna yang memaki hamunnya gara-gara watak Naz.

Dalam kiriman mesej dari penonton drama terbabit, Shukri dimarahi kerana meninggalkan Sarah.

"Dah tinggalkan Sarah sampai mati lepas tu ko meroyan! Manusia jenis apa ko ni ha b*doh," tulis pengguna tersebut.



Terbawa-bawa dengan karakter yang dilakonnya dalam RASN, Shukri pada masa sama lebih teruja menantikan minggu akhir drama tersebut.

"Marah betul adik ni. Tak apa abang faham ini menunjukkan drama RASN ditonton oleh semua lapisan masyarakat tak kira umur.

"Teruskan menonton, minggu ni confirm aku kena lagi barai sebab semua orang dah lockdown," kata Shukri.

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya)


Bagaimanapun, pengguna terbabit tampil memohon maaf dan menyifatkan makian pada awalnya sekadar gurauan.

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan seorang gadis bernama Kasih Maisara yang sombong dan bongkak.

Namun pertemuan dengan Pak Ustaz membuka lembaran baru dalam hidupnya. Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.

Apakah pengakhiran drama ini? Jangan lupa saksikan RASN minggu akhir.

Rindu Awak Separuh Nyawa dibintangi Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan yang bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.