Laman Utama

Dihenyak Kecaman Lepas Nikahi BCL, Tiko Terima Ucapan Hari Jadi Dari Isteri - “Biarkan Mereka Bergosip Tentang Kamu”

Izwan Isa
09/12/2023
01:55 MYT
Penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL memuat naik sepotong ucapan hari lahir buat suaminya, Tiko Aryawardhana.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu berharap agar belahan jiwanya tidak mendengar apa yang diungkapkan oleh orang lain dan terus menjadi diri sendiri.

BERITA TRENDING: Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

“Biarkan mereka menghakimi kamu, biarkan mereka salah memahami kamu, biarkan mereka bergosip tentang kamu.
“Pendapat mereka bukan masalah kamu. Teruskan menjadi baik, komited pada cinta dan bebas dalam keaslian kamu.
“Tidak kira apa yang mereka buat atau katakan, jangan kamu berani meragukan nilai diri kamu atau keindahkan pada kebenaran kamu. Teruskan bersinar seperti selalu,” katanya.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen menyelar tindakan BCL dan Tiko kerana didakwa menghadiri after party selepas majlis pernikahannya.
Menerusi rakaman video yang tersebar, ramai mempertikaikan jenis minuman yang dinikmati oleh kedua pengantin baharu itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”

gempak
25/07/2024
11:55 MYT
Juri tetap Gimme The Mic Malaysia, Ajai mengakui pemilihan peserta adalah dengan mengutamakan bakat berbading rupa paras dalam mencungkil bakat baharu.
Hiburan

Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”

gempak
23/07/2024
04:55 MYT
Bercakap kepada Gempak, Bunga Citra Lestari enggan mengulas isu yang membabitkan suaminya itu.
Hiburan

“Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

gempak
22/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons dakwaan sesetengah warganet mengenai dia kini sedang berbadan dua.
Viral

Netizen Dakwa ‘Bayang' Tiko Menerusi Cermin Mata Hitam BCL Mirip Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagramnya baru-baru ini masih menyorot perhatian netizen.
Hiburan

Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On

gempak
06/06/2024
00:55 MYT
Suami Bunga Citra Lestari, Tiko Aryawardhana akhirnya menjawab berita tentang dirinya yang didakwa menyeleweng duit hasil bisnes kulinari yang dibangunkan bersama bekas isteri, Arina Winarto.