Pelakon Aiman Wynne berdepan detik cemas selepas menjadi mangsa pembuli jalanan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagramnya, Aiman menyatakan kejadian kejar-mengejar di atas lebuh raya itu berlaku selepas menghadiri sebuah majlis anugerah bertempat di Putrajaya pada Ahad.

Menurut Aiman, tingkap kenderaan mereka dipecahkan oleh suspek selepas mereka tidak berjaya membuka pintu keretanya.

“Saya lalui pengalaman kurang menyenangkan ketika perjalanan pulang ke rumah. Saya dan PR @faiizaizat diserang oleh pembuli jalan raya.

“Out of nowhere, kereta kami dihimpit dan dikejar sepanjang highway LDP. Kemudian, dua lelaki itu menghalang kereta kami dan cuba membuka pintu kereta.

“Nasib baik kereta berkunci, dan cermin kereta kami dihentak sehingga pecah. Saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini,” jelasnya.

Tambah Aiman lagi, kejadian itu juga turut membuatkan dirinya berasa trauma dan menasihati orang ramai terutamanya kaum wanita supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

“Saya rasa mengigil dan trauma ketika mengalami kejadian itu. Jantung rasa berdegup kencang, rasa nak jatuh!

“Alhamdulilah kami telah membuat laporan polis dan kami juga berada dalam keadaan baik. Anda semua terutamanya kaum wanita.

“Sila berhati-hati sewaktu memandu berseorangan. Tolonglah, kalau ada pengalaman macam ni jangan berhentikan kereta. Be safe ya,” coretnya.

Dalam pada itu, Aiman juga turut menyarankan agar orang ramai memasang papan pemuka (dashcam) sebagai lamgkah keselamatan.

“Itulah benda pun dah jadi. Pengajarannya pasanglau dashcam dan jangan lupa kunci pintu kereta waktu memandu ya guys.

“Kita pun panik gila sampai nak tengok number plate pun tak sempat sebab tak boleh fikir,” jelasnya.

Di bawah merupakan perkongsian detik cemas Aiman.

A post shared by Aiman Nasir Wynne (@aimanwynne)