Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dihina Seperti ‘Sotong’ Tapi Tetap Ada Yang Cuba Nasib Nak Jadi Isteri Kedua Prince Syed - “Sampaikan Isteri Saya Pernah Menangis Dalam Kereta…”

Asyikin Mayudin
25/07/2024 03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral yang dikenali sebagai Prince Syed mengakui dia banyak menerima komen-komen negatif yang menghina fizikalnya.

Dihina Lelaki Lembut

Biarpun rata-rata komen yang diterima mengatakan dia seperti lelaki lembut yang menyerupai ‘sotong’ namun Prince Syed tetap mengambil perkara itu secara positif.

“Sejujurnya, bila tengok dekat komen di laman sosial memang agak menyakitkan hati… terutama komen yang ditujukan dan ditumpukan kepada saya. Mungkin orang tak kenal saya secara peribadi, tak jumpa saya depan-depan.

“Orang kata saya ini lembut la, sotong la… itulah inilah, ada yang cakap sotong celup tepung la. Tapi nak buat macam mana, persepsi orang kita tak boleh ubah. Di mata orang, mungkin mereka rasa kita tak sempurna,” katanya kepada Gempak.

Terima Mesej Nak Jadi Madu

Bagaimanapun Prince Syed mendedahkan isterinya iaitu Queen Syarifah atau Fatin Syazwani pernah menerima mesej daripada wanita yang menawarkan diri untuk menjadi madu.

“Bila mana berjumpa depan-depan, jadi lain. Ada yang mesej tawarkan diri nak jadi isteri kedua. Sampaikan isteri saya pernah menangis dalam kereta ya. Sebab ada kejadian yang berlaku ketika itu.

“Saya tahu apa jadi, tapi saya tak tanya sebab tak nak keruhkan keadaan. Saya buat-buat tak tahu, saya tanya dia menangis ke sebab contact lens. Dia menangis teresak-esak, lepas itu dia cakap ‘saya tahu la, saya perempuan ada naluri’.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina Lembut Macam Sotong, En Prince Suprise Isteri RM500K?? | Motif Trending

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘Body Shaming’, Prince Syed Terpaksa Kongsi Kehamilan Isteri - “Bila Dapat Tahu Mengandung, Biasalah Dia Makan Banyak…”

“Sebab ada yang cuba kacau saya, ada yang mesej terus di nombor peribadi, pembantu saya dan nombor isteri saya. Ada yang mesej kata nak jadi madu isteri saya. Bukan perempuan saja, yang jantan (lelaki) pun sama ya.

“Yang jantan siap mesej di Instagram, TikTok, Facebook… memang baik lelaki atau perempuan, sama. Mereka tak boleh tengok saya depan-depan,” katanya.

Dalam pada itu, Fatin memberitahu dia berasa kurang keyakinan diri disebabkan wanita yang mahukan suaminya itu kelihatan cantik.

“Orang itu pun cantik, jadi saya rasa tersentap la,” kata Fatin yang berasa rendah diri.

Saksikan temu bual eksklusif Prince Syed bersama isterinya menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Sean Lee pada Isnin di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.

#Pempengaruh #Prince Syed #Queen Syarifah #Fatin Syazwani #Usahawan viral
;