,
Viral

Netizen ‘Body Shaming’, Prince Syed Terpaksa Kongsi Kehamilan Isteri - “Bila Dapat Tahu Mengandung, Biasalah Dia Makan Banyak…”

Asyikin Mayudin
22/07/2024
03:55 MYT
Gara-gara tidak tahan melihat komen netizen menghina bentuk badan isteri, pempengaruh dan usahawan viral terpaksa mendedahkan Queen Syarifah atau Fatin Syazwani kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Mahu Rahsiakan Kehamilan

Menurut Prince Syed , dia dan isterinya pada mulanya mahu merahsiakan kehamilan tersebut namun terpaksa berkongsi berita itu disebabkan komen netizen yang seperti ‘body shaming’.

“Bila ramai yang dah bercakap-cakap dan bertanya kenapa badan isteri saya semakin berisi, ada yang cakap gemuk la… dah macam body shaming pula. Sebab saya geram, saya tulis saja terus isteri hamil.

“Saya nak jaga hati dan perasan isteri. Dia memang kurus tapi bila dah dapat tahu mengandung, biasalah, normal la dia makan banyak dan badan mula naik. Jadi, bila orang asyik komen, kita jawab satu saja, mengandung.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Isteri Kelihatan Berisi, Prince Syed Dedah Orang Rumah Hamil Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Terpaksa Layan Karenah Suami, Isteri Prince Syed Sound Netizen - “Hang Siapa, Ada Tidur Sebantal Dengan Aku Ke?”

“Padahal kita nak rahsiakan dahulu (kehamilan) sebab sebolehnya kita tak beritahu awal lagi isteri mengandung,” kata Prince Syed kepada Gempak.
Dalam pada itu, Prince Syed memberitahu netizen mula mempersoalkan tindakan isterinya memakai kasut tumit tinggi selepas mengetahui tentang kehamilan tersebut.

Isteri Dah Biasa Pakai Kasut Tumit Tinggi

“Biasanya, anak pertama dan kedua kami memang war-warkan masa usia kandungan dah enam bulan ke atas. Anak ketiga ini, kalau boleh memang tak nak kongsi, sebab takut keselamatan diri.
“Lagipun kami sibuk dengan festival semua, tiap minggu juga. Jadi, nak fokus dulu misi (perniagaan). Tak nak la orang persoalkan dan kejadian akan berlaku bila beritahu (kehamilan) awal.
“Bila netizen dah tahu, mula la macam-macam komen. Ada yang persoal kenapa isteri pakai kasut tinggi dan macam-macam lagi. Tapi isteri saya memang suka pakai kasut tinggi,” ujarnya.
Saksikan temu bual eksklusif Prince Syed bersama isterinya menerusi GMW: Motif Trending yang dihoskan oleh pengacara Sean Lee pada Isnin, 8 malam di Gempak.com dan Gempak Most Wanted, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Go dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN: Prince Syed Hadiahkan Tudung RM35,000 Untuk Isteri Pakai Raya Aidiladha - "Ini Jer Mampu Beri"

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Berita

Salah Guna Wang Infak: Alif Teega Kekal Pengakuan Tidak Bersalah

gempak
24/10/2024
00:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, atau lebih dikenali sebagai Alif Teega pada Rabu mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menyalah guna lebih RM60,000 wang yang diperoleh daripada kutipan program infak tahun ini.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Viral

Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

gempak
02/10/2024
21:55 MYT
Konflik rumah tangga Jofliam semakin rumit apabila pempengaruh dan usahawan mendedahkan dia sudah melafazkan taklik terhadap isterinya, Cik Epal.
Unitar