KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), penyedia penjagaan kesihatan terbesar di Malaysia, berjaya mencipta pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sebagai penganjur Karnival Kerjaya Malam KPJ atau KPJ Night Career Fair yang diadakan secara serentak di seluruh negara.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan, berkata penganjuran Karnival Kerjaya Malam KPJ buat julung kalinya ini merupakan antara pencapaian penting yang membanggakan buat KPJ kerana ia dilaksanakan serentak di 29 buah hospital kami di seluruh negara.



“Karnival ini bukan sahaja menyediakan platform untuk calon pekerja yang berpotensi untuk berkomunikasi secara terus dengan kami, tetapi ia juga membuktikan komitmen kami untuk mewujudkan persekitaran yang mampu memupuk bakat untuk berkembang maju dan berinovasi.

“Karnival ini merupakan langkah pertama bagi mereka yang ingin memangkin trajektori kerjaya mereka bagi menyerlahkan potensi mereka yang mungkin belum pernah diterokai sekaligus memberi peluang kepada mereka yang ingin memenuhi impian mereka, atau menetapkan piawaian baharu dalam persekitaran pekerjaan yang meraikan kepelbagaian dan keterangkuman,” katanya.

Berbeza dengan format penganjuran karnival kerjaya konvensional, Karnival Kerjaya Malam KPJ meraikan integrasi antara acara profesional dengan komuniti masyarakat dan diadakan secara serentak di semua cawangan hospital bermula 24 hingga 25 November ini.

Menyasarkan lebih 20,000 pengunjung sepanjang dua hari, penganjuran karnival ini menjadi bukti KPJ Healthcare berjaya mengubah landskap pengambilan kakitangan sektor kesihatan di Malaysia.

KPJ merintis pendekatan baharu untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan, yang mana karnival ini menawarkan platfom kepada calon pekerja yang berpotensi untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan bersama KPJ Healthcare.

Kerjasama strategik yang termeterai bersama Kementerian Sumber Manusia, TalentCorp Malaysia, PERKESO, dan TalentBank ini menggariskan komitmen KPJ Healthcare dalam menawarkan peluang pekerjaan, latihan, menaik taraf keupayaan serta meletakkan kepentingan dalam kepelbagaian tenaga kerja sektor kesihatan.

Majlis pelancaran Karnival Kerjaya Malam telah diadakan di Hospital Pakar Ampang Puteri, yang berfungsi sebagai lokasi utama untuk inisiatif penganjuran ini.

Nak menang hadiah best?

Jawab satu soalan mudah dan cipta satu slogan berdasarkan artikel ini dan lima pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi:

- 2 x Apple Watch SE (bernilai RM1,199)
- 3 x Pakej Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif (bernilai sehingga RM2,000)

Jawab soalan dan cipta slogan menerusi borang ini:

BACA LANJUT: Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Menerusi Karnival Kerjaya Malam KPJ Yang Bermula Esok​