Dijangka Bercerai Hari Ini, Diana Danielle Menyanyi Kecil Sebelum Keluar Rumah - “Saya Happy”
Izwan Isa
10/08/2023 06:47 MYT
10/08/2023 06:47 MYT
Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang harapan berhubung keputusan perceraiannya dengan suami, Farid Kamil yang prosidingnya bakal berlangsung sebentar lagi.
Menurut Diana, apa sahaja keputusan, sama ada bercerai atau tidak, diterima dengan hati yang terbuka.
“Saya tiada harapan sebab ini semua ketentuan. Saya tidak boleh jangka apa akan terjadi di dalam. Jadi saya terima dengan hati yang terbuka.
“Segala komunikasi antara saya dan Farid semuanya melalui peguam. Saya go with the flow sebab saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor sebentar tadi.
Ditanya perasaan sebelum melangkah keluar rumah menuju ke mahkamah, Diana berkata, tiada sedikit sedih. Sebaliknya, dia menghiburkan hati dengan menyanyi kecil kerana tidak mahu dirinya berada dalam tekanan.
“Saya happy… nyanyi-nyanyi kecil. Tiada sebab untuk saya berasa sedih dan menyeksa diri. Perkara ini sudah berlanjutan berbulan-bulan. Bukan tak nak serius tapi nak seksa diri,” katanya lagi.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.