Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”
Mya Amri
05/07/2024 00:55 MYT
05/07/2024 00:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi tampil menjawab persoalan netizen mengenai keberadaan seorang lagi anak perempuannya iaitu Maria Danisha Hakim.
Tak rajin bergambar
Abby menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok memaklumkan bahawa Danisha merupakan seorang yang tidak rajin bergambar.
Kata Abby disebabkan itu membuatkan Danisha jarang muncul di platform media sosial miliknya.
“Ada sahaja baby ni, cuma dia memang tak rajin nak bergambar, ajak, suka mengelak. Sudahnya tak payahlah.
“Ni semalam suruh posing kejap dia okay, senang sediakan gambar kalau orang tanya dia mana,” tulisnya.
undefined
Setiap anak karakter berbeza
Dalam pada itu, menerusi kapsyen di hantaran berkenaan, Abby berharap agar netizen tidak lagi mempersoalkan tentang Danisha.
Kata Abby lagi, setiap anak mempunyai karakter berbeza dan sebagai seorang ibu sudah pasti dia mahu cahaya matanya selesa.
“Cuba belajar tidak mencari kesalahan orang, boleh tak? Ada sebab lah kalau gambarnya kurang, banyak kali dah saya jawab tentang ini.
“Karakter setiap anak pun berbeza. Masa kecil dulu boleh lah diatur semua, dah besar, tak sama.
“Awak tenang-tenang sahaja okay. Belajar tengok post orang lepas tu senyum je, persoalkan itu ini untuk apa?” tulisnya.
BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
BERITA TRENDING: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…
BERITA TRENDING: Abby Abadi Bertemu Aslam, Netizen: “Sebak Memang Sebak, Dalam Masa Sama Aku Kesian Dekat Bini Pertama”
BERITA TRENDING: Enggan Panjangkan Isu, Norman Hakim Mengalah Dengan Abby - “Ampun Maaf Untuk Segala Kelemahan Salah & Silap”
Terdahulu, tindakan Abby yang sering berkongsi tentang anaknya iaitu Marissa Danial Hakim telah mengundang tanda tanya netizen mengenai keberadaan Danisha.
Untuk info, Abby berkahwin dengan Norman pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.