Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi sepotong video pertemuannya dengan menantu, Aslam buat kali yang pertama.
Menerusi video berkenaan, Aslam dilihat bersalaman dengan ahli kelurga besar Abby, termasuk Memey Suhaiza yang turut berada di situ.
Pada ruangan kapsyen, Abby menulis tentang bagaimana Hari Raya Aidilfitri digunakan sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki dan setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati.