Dikecam Gara-Gara Promosi Produk Dikaitkan Dengan Israel, Ini Kenyataan Nadhir Nasar
Gempak
12/05/2024 23:55 MYT
12/05/2024 23:55 MYT
Nama pelakon Nadhir Nasar menjadi bualan gara-gara mempromosikan produk yang didakwa menyokong kekejaman yang dilakukan oleh zionis.
Promosi
Hal itu tercetus selepas gerakan Block Out 2024 dilancarkan oleh pengguna media sosial dengan menggesa netizen supaya berhenti daripada mengikuti atau menyekat artis serta pempengaruh di media sosial yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang ada kaitan dengan Israel.
Tidak terus berdiam diri, Nadhir tampil menjernihkan keadaan menerusi balasan yang dibuat di platform X.
Tidak terus berdiam diri, Nadhir tampil menjernihkan keadaan menerusi balasan yang dibuat di platform X.
Kenyataan Nadhir
Menurut Nadhir, membatalkan kontrak secara tiba-tiba mampu memberikan kesan buruk ke atas dirinya.
Begitupun, terdapat seorang pengguna platform X yang mempersoalkan kesanggupan Nadhir untuk melunaskan kontrak yang ditandatangani berbanding nasib warga Palestin.
Terdahulu, pelakon Daiyan Trisha dikecam kerana didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang masih menyokong kekejaman zionis terhadap Palestin.
Sumber: Platform X