,
Laman Utama

Dikecam Rentas Negeri, Sempat Jumpa Anak & Cucu, Khaty Fauziah; "Bayangkan Kalaulah Prosedur Jantung Saya Gagal?"

Amri Hassan
06/09/2021
04:20 MYT
Tindakan pelakon Khaty Fauziah dan suami, Abdul Samad Jaaman berkongsi foto bersama anak dan cucunya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Mengakui berdepan kecaman daripada pengguna media sosial, ibu kepada Shaheizy Sam itu terpaksa merentas negeri dari Melaka ke Kuala Lumpur atas urusan kesihatan.
Jelas Khaty, dia perlu bermalam di rumah anaknya kerana perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan selepas menjalani prosedur jantung sekitar tiga bulan lalu.
"Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.
"Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa.
"Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan.
"Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya... ikut SOP," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.
Terdahulu pada Ahad, Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkongsi fotonya bersama anak, menantu dan cucunya yang sudah beberapa bulan tidak bertemu.
Tambah Khaty, selepas menjalani prosedur rawatan jantung beberapa bulan lalu, dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ahli keluarganya demi mematuhi SOP yang ditetapkan.
Justeru, Khaty turut memohon maaf terhadap pihak yang terguris hati dengan perkongsiannya sebelum ini.
"Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat prosedur jantung yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP.
"Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantung saya gagal ketika itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.
"Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau silap dan salah harap dimaafkan sahaja," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Hiburan

Jefri Nichol Dedah Bahagian Tubuh Wanita Yang Buat Dirinya Turn On, Okay Tiduri Kekasih Sebelum Kahwin

gempak
13/11/2024
14:55 MYT
Aktor Jefri Nichol baru menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah tidur dengan lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.
Unitar