,
Hiburan

Dikecam Salah Ejaan, Zulin Aziz Naik Hantu Dengan Netizen

Mya Amri
19/12/2016
07:58 MYT
Pelakon Zulin Aziz berang apabila dikecam netizen hanya kerana terdapat kesalahan ejaan pada perkataan ‘akad’.
Perkara tersebut berlaku selepas Zulin menulis satu status di akaun Twitternya semalam yang berbunyi:
“Nanti lepas aku angkat nikah, aku nak merajuk ngan laki aku! Nak cakap macam ni: Apesal lambat sangat? Berapa tahun I hidup single,” tulisnya.
Status lucu tersebut kemudiannya menjadi hangat apabila ada diantara netizen mula bersikap negatif dan seakan-akan sengaja mencari fasal dengan memberikan komen berbaur provokasi.
Zulin yang tidak tahan dengan sikap netizen itu kemudiannya telah memuatnaik status terbaru di akaun Instagram(IG)nya kira-kira sejam lalu.
Menerusi status tersebut, Zulin meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang sering mencari kesilapan tanpa memikirkan tentang perasaan orang lain.
Tambah Zulin lagi dia juga tidak menyangka hanya kerana kesalahan kecil tersebut, ramai yang telah menegurnya dengan menggunakan kata-kata kesat dan melabelkannya sebagai artis kurang cerdik.
“Aku sebut ANGKAT walaupun hakikatnya AKAD dan aku tulis ikut ejaan apa aku cakap. Apa isunya?.
“Kau ingat aku tak pergi sekolah ke tak tahu akad tu ape? Suka hati nak kata aku bodoh. Tag aku bertubi-tubi kata aku bodoh. Aku bergurau, dah kenapa jadikan isu tu serius?
“Aku tak faham orang kita ni, kalau salah laju aja nak menghentam, aku tak marah pada mulanya, tapi sampai cakap aku perempuan gemuk, hodoh dah la bodoh mak bapak tak hantar sekolah, itu dah melampau.
“Aku masih boleh bergurau berkenaan isu ni, aku biar je tapi ni sampai tak reti nak respek orang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zulin juga memberitahu disebabkan perkara itu juga dia bakal memadamkan akaun twitternya dalam waktu terdekat.
Tindakan Zulin itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya dan rata-rata meminta supaya pelakon itu bersabar dan menganggap komen-komen negatif yang diberikan itu lumrah kehidupan sebagai seorang artis.
@atkmsr : @iamzulinaziz butthurt mende? Jadi retis biasalah kena nganjing
@nuruliszatiz: @iamzulinaziz alaaa takyah la, buat ap menangkan orang yang kepoh macam tu.. ramai lagi perlukan u dalam twitter ni.. jgn hampakan yg lain please.
@nudramusta: Bagus la @zulinaziz sound.. kalau dibiar bertengkek2 kurang cerdik diaorang tu..Mungkin jgk diorg ni dr genetik yg kurang iq.
@hailkalicious: @iamzulinaziz orang paling kuat dalam dunia adalah orang yg boleh kawal kemarahan dia. So chill lah k
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
BorakSeeni