Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam Sebab Pakai Purdah Ketika Ikuti Kelas Agama, Stylist Lelaki Popular Ini Minta Maaf

Gempak
23/07/2024 23:55 MYT
Penata gaya atau stylist, Wanda Hara akhirnya mengakui kesilapan gara-gara mengenakan tudung ketika menghadiri pengajian Ustaz Hanan Attaki yang diadakan pada Sabtu.

Minta maaf

Selain itu, Wanda berkata, dia juga telah menghubungi Ustaz Hanan dan menzahirkan permohonan maaf terhadap kekhilafan yang telah dilakukannya itu.

“Saya sedar ini adalah kesilapan saya, dan saya juga sudah berkomunikasi dengan Ustaz Hanan Attaki dan meminta maaf kepada beliau dan seluruh AJK Ayah Amanah.

“Ilmu saya masih sedikit sehingga menyebabkan saya tidak berfikir panjang. Kepada seluruh masyarakat Indonesia, saya benar-benar minta maaf,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Pakai Purdah, Ratu Rizky Nabila Kini Pamer Foto Berbikini: “Persetan Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Buka Purdah, Inara Rusli Akui Air Wuduk & Solat Malam Buat Diri Jadi Cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Dikutuk Buka Purdah, Bersolek, Bekas Isteri Virgoun Minta Haters Block Dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Persiapan Jadi Janda, Isteri Virgoun Buka Purdah & Jadi Duta Klinik Kecantikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Situasi Akhir Zaman Mereka Yang Berniqab Lebih Menonjol” - PU Abu Izinkan Isteri Ubah Imej

Susulan permohonan maaf yang diberi, ramai dalam kalangan warganet memberi sokongan terhadap Wanda, yang disifatkan sebagai individu yang mahu mengaku salah terhadap apa yang telah dilakukan.

“Kak Wanda mengaku kesalahan, Kak Wanda tetap orang baik. Semoga kebaikan selalu melindungi Kak Wanda,” tulis seorang netizen.

A post shared by Wanda Harra (@wanda_haraa)


Sementara itu, Ustaz Hanan Attaki juga didakwa telah menerima permohonan maaf Wanda. Menerusi Instagram, Hanan Attaki mendoakan agar Wanda boleh menjadi individu lebih baik.

Nama Wanda Hara tidak asing dalam kalangan selebriti. Antara selebriti yang pernah bekerjasama dengan Wanda termasuklah Raffi Ahmad, Nagita Slavina dan Lyodra Ginting.

Difahamkan, nama asal Wanda ialah Irwansyah dan lahir pada 6 April 1985 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Sumber: Instagram
#Mohon Maaf #Purdah #Jurugaya #Wanda Hara
;