Dikecam Sembur Makanan Dengan Spray Gun, Ini Jawapan Amaris
Syafiqah Jalal
28/09/2021 07:04 MYT
28/09/2021 07:04 MYT
Pelakon Amaris dikecam pengguna laman sosial selepas memuat naik beberapa rakaman video yang menunjukkannya menggunakan spray gun untuk menyembur makanan.
Menerusi video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya menunjukkan Amaris menyembur makanannya menggunakan spray gun sebelum menjamunya.
Rata-rata mempersoalkan keselamatan penggunaan semburan sanitizer ke atas makanan yang dimakan.
Malah ada juga yang mempersoalkan keperluan semburan itu ke atas makanan.
“Perlu ke sembur kat makanan...ada virus ke kat makanan tu....” komen salah seorang netizen.
“Chemical tu brother,” tegur salah seorang warga maya.
“Bahaya ni. Walaupun pun kata dah certified. This is not a good practice . Better Stop doing this,” nasihat salah seorang pengikutnya.
Pun begitu Amaris tidak pula menjelaskan tindakannya berbuat demikian dalam kapsyen entri yang dimuat naik, namun dia menjawab pertanyaan salah seorang netizen.
Netizen tersebut bertanyakan sama ada boleh atau tidak makanan disembur dengan spray gun, Amaris menjawab, “boleh”.
Difahamkan dalam satu komen dari wakil jenama spray gun itu memberitahu ia menggunakan bahan semula jadi dan tiada toxic.
“100 peratus natural dan tidak berbahaya, non toxic dan food grade certified,” maklum mereka.