Sepotong video yang menunjukan kemesraan pelakon Datin Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 38, sedang bercium telah dikecam oleh netizen.

Pasangan ini sedang bercuti di Santorini sempena menyambut ulang tahun perkahwinan ke empat mereka.

Rata-rata pengikut IGnya mengecam tindakan Eina memuat naik video itu kepada umum yang dikatakan kurang manis.

"Orang lain pun ada laki, tak payah la cium-cium kat tempat awam. Tak manis orang tengok. Kita kan orang Muslim.

"Memang tak apa kalau suami isteri bercium. Tapi yang guna IG bukan orang tua sahaja, orang muda budak sekolah pun ada. Nanti mereka ikut tak pasal-pasal," komen beberapa netizen.

Pun begitu, Eina tidak mendiamkan diri malah turut membalas dengan baik.

"Macam yang saya kata, this is my IG. Tak suka boleh unfollow. Terima kasih," jawabnya ringkas.

Bagaimanapun terdapat peminat serta pengikut IGnya yang menyokong tindakan Eina kerana berpendapat mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan yang halal.

"Manusia zaman sekarang ni dah kenapa, ramai sangat yang busuk hati, tak boleh tengok orang bahagia. Laki bini dan sweet pun kena kecam.

"Benda ni pun orang nak kecam. Biarlah mereka laki bini dah halal," komen beberapa peminatnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 2 tahun.




Love of my life ? @datopadukakaiser #einaazman #datogmix #GESantorini #GEAnniversary

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on