Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikhabarkan Kahwin Yusuf Bahrin Dalam Masa Terdekat, Zizi Kirana – “Tawakal Kepada Allah…”

Syafiqah Jalal
18/09/2021 06:35 MYT
Penyanyi dan pelakon Zizi Kirana dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Yusuf Bahrin yang dijadualkan bulan hadapan.

Khabar berita mengenai perkahwinan mereka telah dilaporkan oleh satu portal hiburan apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.

Tambah satu sumber lagi, Yusuf juga sudah mengatur jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis yang dirancang itu.

Meninjau ke laman sosial Instagram (IG) Zizi pula terbaharu memuat naik ayat bahasa arab tentang berserah kepada Allah.

“Tawakal kepada Allah,” katanya.



Bayangan tersebut seolah-olah memberitahu dia sedang berserah semua kentuan kepada Tuhan.

Pun begitu, usaha Gempak untuk mendapatkan pengesahan dari pasangan ini tentang khabar angin yang berterbangan gagal apabila masing-masing tidak menjawab panggilan mahu pun membalas mesej yang dihantar.

Terdahulu, tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

BACA: Kantoi Panggil Sayang, Ada Apa-apa Ke Zizi Kirana & Yusuf Bahrin?
#pelakon #Bercinta #Kahwin #Penyanyi #Nikah #Cinta #Zizi Kirana #Yusuf Bahrin
;