GEGAR VAGANZA 2021
Dikir Barat Dalam Lagu Adibah Noor Salah Percaturan? Ramli MS; "Susah Nak Langkau Roh Penyanyi Lagu Asal"
Pengarah muzik Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menegaskan pihaknya perlu menghormati permintaan daripada peserta yang bertanding pada setiap konsert mingguan.
BACA: "Memang Sampah" - Adibah Noor Akui Nyanyian & Interpretasi Tersasar Teruk, Dikir Barat Tak Salah!
Hal itu berkaitan dengan susunan muzik dan pemilihan konsep dalam persembahan yang ingin ditonjolkan.
Mengulas mengenai situasi Adibah Noor yang jatuh merudum ke tangga tiga terbawah pada konsert ketujuh GV8 apabila menyuntik kelainan dengan elemen dikir barat dalam lagu Berdiri Bulu Romaku (Hetty Koes Endang), Ramli ada penjelasannya.
"Sebagai pengarah muzik saya harus memenuhi dan menghormati permintaan yang datang daripada artis. Ada bawa skor dan susunan muzik sendiri.
"Tetapi kalau itu yang tidak dipersetujui oleh produksi, kita akan berbincang semula dengan artis sehingga keputusan itu menjadi 50-50.
"Dalam hal ini, Adibah sendiri yang request," ujarnya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, kata Ramli tindakan Adibah tidak dianggap satu langkah berisiko atau salah percaturan sebaliknya ia berbalik semula kepada kekuatan asal lagu terbabit.
"Saya tak kata salah percaturan tapi saya menghormati permintaan artis. Selepas full dress rehearsal pada Sabtu kita ada berbincang semula.
"Kalau ikut prosedur, saya perlu laporkan kepada produksi merujuk kepada permintaan artis itu sendiri. Kemudian produksi yang akan berbincang balik dengan artis untuk keputusan selanjutnya.
"Jadi, hasilnya seperti yang ditonton pada konsert Ahad lalu. Jika ikutkan idea asal penyanyi itu mahu menggunakan 100% dikir barat.
"Bila tengok pun akan 'say no'. Saya juga sudah bertanyakan kepadanya dua kali adakah nak guna susunan muzik ini 100% dia jawab ya.
"Saya bukan nak salahkan sesiapa cuma menghormati permintaan mereka," jelasnya.
Ditanya tentang komen Hetty Koes Endang tentang keputusan Adibah menukar konsep lagu itu yang dianggap kurang sepadan dengan kualiti vokal penyanyinya, kata Ramli komen itu sahih.
"Itu fizik, daripada tuan punya lagu sendiri. Saya tak cakap apa-apa, bila dia nak melangkau roh penyanyi asal lagu itu memang susahlah.
"Apa lagi mengubah, melainkan untuk disesuaikan dengan karakter jalan cerita, ia okey," katanya.
Adibah memperoleh markah 56.7% manakala dua peserta di tangga terbawah iaitu Sa.Ya dan Bandi Amuk masing-masing mendapat 54% dan 53.8%.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
#Viral
#Gegar Vaganza
#Datuk Ramli MS
#Adibah Noor
#Lagu
#GV
#Dikir Barat
#Hetty Koes Endang
#GV8
#Berdiri Bulu Romaku