Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikritik Filem Tak Capai Standard Oleh Ellie Suriaty, Syahmi Sazli Tak Melatah! Ini Responnya!

Hanafis Haris
12/11/2020 16:16 MYT
Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara.

Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkritik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya.

“Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.

“Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan.

“Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju.

“Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif.

“Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem.

“Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat.

Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube.

Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya.

Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga kini berada di tempat kedua filem terlaris di Astro First selepas Polis Evo.

BACA:Mael Totey The Movie Pecah Rekod Lagi! Kali Ini Raih RM5 Juta Lepas 12 Hari Tayangan, Tewaskan Filem ...

#MTTM #Mael Totey The Movie
;