Hiburan
Dikritik Menyanyi Bersama Isteri, Amar Baharin Tidak Peduli
Pelakon Amar Baharin menjelaskan tidak mengambil peduli kritikan orang ramai mengenai penglibatannya bersama isteri, Amyra Rosli dalam bidang nyanyian.
Menurut Amar, dia tidak mahu kehadiran mereka disalah anggap oleh orang ramai dan penyanyi yang mencari rezeki dalam bidang nyanyian sepenuh masa.
"Kami anggap peluang yang datang ini sebagai rezeki kerana kami rasa mampu untuk melakukannya kerana ia merupakan satu lagu yang sedap untuk didengar.
"Sejujurnya kami telah bersedia untuk menerima apa saja kata orang terhadap pembabitan kami dalam bidang nyanyian kerana orang boleh cakap apa saja tetapi kami sudah melakukan yang terbaik.
"Jika diikutkan dengan situasi sekarang, ramai juga penyanyi yang berlakon dan pelakon pula cuba jadi menyanyi.
"Sekurang-kurangnya kami boleh mewarnai industri nyanyian berbanding mereka yang asyik nak mengata sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra dan Amar ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video karaoke berjudul Kisah Cinta Kita yang diadakan di Red Box Gardens, baru-baru ini.
Tambah Amar, mereka tidak terkesan dengan kecaman yang diberikan oleh orang ramai kerana percaya pada rezeki yang telah ditetapkan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video