Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikritik Tak Guna Model Tempatan, Alha Alfa; "Model Mat Saleh Pun Orang Melayu Berebut Beli"

Firdaus
17/11/2023 07:55 MYT
Usahawan kosmetik Alha Alfa baru-baru ini dikiritik warganet selepas memberi alasan tidak menggunakan model lokal untuk produknya.

Menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna TikTok, individu tersebut meminta agar Alha Alfa menggunakan model lokal untuk menghiasi produknya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, komen itu mendapat respons Alha Alfa sendiri yang menegaskan bahawa orang Melayu tidak ambil peduli tentang warna kulit model yang digunakan dan masih akan membeli produk kosmetik yang dijual oleh jenama-jenama besar.

“Kenapa mesti lokal? Jenama antarabangsa pun guna model mat saleh then Melayu berebut beli. Sebab model Melayu yang hebat semua dah di ambil brand lain,” tulis Alha.

BERITA TRENDING: Make Up Kahwin Intan Najuwa Dikritik Terlalu Heavy, Alha Alfa Beri Penjelasan

Komen tersebut mendapat reaksi negatif netizen di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Antara komen yang diterima:

“Kalau target market lokal, gunalah model yang sama macam kami semua. Itu sahaja,”

“Kenapa mesti orang putih? Awak jual foundation untuk kulit orang putih je ke?”

“Wow responsnya..Tak boleh nak kata apa.”

BERITA TRENDING: Alha Alfa Puji Sikap Fatin Afeefa, Tak Banyak Songeh! - "Dia Tadah Je Muka, Tengok Phone Bila Perlu Je"

Untuk info, Alha Alfa Cosmetics merupakan jenama lokal yang menjual produk kecantikan seperti mekap dan penjagaan kulit. Jenama itu diasaskan oleh Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil.

Sumber: Twitter

#Model #Alha Alfa #Tempatan
;