Sepanjang 12 tahun bergelar anak seni, kelibat Shiha Zikir dalam industri tidak pernah hilang. Selain karier hakiki sebagai penyanyi, banyak lagi cabang dalam dunia hiburan yang turut sama diterokai oleh Shiha seperti berlakon, mengacara, melawak dan juga bergelar penyampai radio.
Sungguhpun dia melakukan hal-hal itu atas minat dan juga kemampuan, namun, ada juga yang mungkin beranggap dia merupakan seorang selebriti yang akan sapu bersih setiap tawaran pekerjaan yang diberikan.
“I don’t care” ujar Shiha ringkas menjawab setiap kritikan terhadapnya.
“Saya tak nak fikir apa yang orang cakap. Sebab bagi saya, benda ini bukan satu hal yang boleh dipaksa. Apa yang saya buat selama ini saya tapi dahulu.
“Contohnya, kalau ada tawaran berlakon dan saya tak mampu untuk jayakan watak yang diberi, saya tolak. Sama juga dengan tawaran nyanyian. Jika lagu-lagu yang diminta diluar kemampuan, saya juga akan tolak.
“Seperti penglibatan saya dengan radio Era, saya hanya bersetuju selepas saya memberitahu pihak radio yang saya tidak pandai DJ, tetapi saya boleh menjadi diri sendiri ketika on-air,” katanya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Todak & Friends, Revolusi Concert 2022 di ibu kota semalam.
Bercerita lanjut, Shiha menjelaskan yang mungkin ramai yang berfikir dia mahu membolot semua peluang kerja yang ditawarkan.
Menurut Shiha, selagi masih berpaksi pada dunia seni, dia tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tawaran kerja yang diberikan.
“Bagi saya, selagi tawaran itu dalam kelompok bidang seni, saya okay sahaja. Sebab rezeki kan Allah SWT yang bagi.
“Ada rakan-rakan artis yang mengadu pada saya, tidak mahu ambil sesetengah job kerana bimbang dengan cakap orang. Saya tanya balik pada mereka: ‘Kenapa fikir apa orang cakap eh?
“Sebab bagi saya, kalau kita buat sesuatu pekerja itu atau tidak, orang masih akan bercakap pasal kita,” ujarnya lagi.
Izwan Isa
Sun Feb 06 2022


Bariskan 3 Jejaka Terlaris 2023, Semak Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Aksi Klepet!
Meerqeen, Nadhir dan Aedy Ashraf tunjang utama Klepet.

Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”
Dia mai dah guys mai dah heheh

All Stars Gegar Vaganza: Syafi Tee Belum Move On Dengan Nana, Netizen Siap Jodohkan - “Sepadan, Berlakon Dengan Mader Please”
Memang comel pun Nana dengan Syafi Tee ni kan.

#Travelmana: Amankila Resort Mewah Bali Tempat Nikah BCL, Tiko! Ini Fakta Menarik, Pakej & Harganya
David Beckham, Julia Roberts, Cameron Diaz, Nicole Kidman dan Nicolas Cage pernah menginap di sini.

Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat & Tawaran Eksklusif Keluarga
Bintang suku keempat seperti Anna Jobling dan Amir Ahnaf menjanjikan hiburan buat keluarga

"Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL
BCL luah isi hari menerusi video pra perkahwinan.

Kantoi Curang, Wanita Hempuk Suami Pakai Dulang! Tapi Netizen Pula Back Up Lelaki - "Sebab Bini Garanglah..."
Dah macam gusti dia buat

The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
.png?ext=.png)
Berdosa Ke Tak? Ini Hukum Buang Kucing Dalam Islam
Oh itu hukumnya...

Artis Wanita Kulit Putih Anak Dua Terlibat Aktiviti 'Swinger', Tawarkan Khidmat Seks Dengan Suami Sendiri?
Astaghfirullah!