Dua figura terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan The Weeknd dilaporkan meluangkan masa di sebuah restoran yang sama pada Rabu.

Memetik laporan HollywoodLife, aktres dan penyanyi itu dilihat keluar dari restoran berkenaan sekitar waktu yang sama.

Malah, sumber dipercayai juga mengatakan Angelina dan The Weeknd sememangnya makan malam bersama di restoran bernama Giorgio Baldi itu.

Angelina dilihat memakai persalinan hitam bersama kot trench di bahagian luar, sementara The Weekend mengenakan jaket denim yang bersahaja.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai pertemuan mereka itu masih belum diketahui setakat ini.

Apa yang pasti, kedua mereka kini bujang dan terdapat andaian mereka menjalin hubungan istimewa oleh media luar.

Ia juga mungkin satu pertemuan atas dasar kerja memandangkan The Weeknd akan muncul dalam sebuah siri drama The Idol di HBO tidak lama lagi.

Foto: Page Six