HIBURAN

Dilihat Semakin Bahagia, Nur Nilam Sifatkan Azlan Komeng Suami Yang Baik - “Dari Hanya 1 Kesilapan, Dia Masih…”

Asyikin Mayudin 03/06/2025 | 02:55 MYT
Rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz kini dilihat semakin baik tanpa gangguan orang ketiga.

Suami yang baik

Malah, Nilam menerusi TikTok miliknya juga memuat naik beberapa video kemesraan dia dengan suaminya yang menarik perhatian netizen.

Meluahkan rasa syukur mempunyai seorang suami yang baik, Nilam berkata dia hanya memandang kebaikan Azlan selama mereka berkahwin.

“Alhamdulillah, dia seorang suami yang sangat baik. Dari hanya satu kesilapan dia, dia masih mempunyai seribu kebaikan yang harus akak raikan.

“Doakan ya, InsyaAllah,” kata Nilam.

Sebelum ini, Nilam turut mendedahkan suaminya suaminya itu akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak Tak Hidung Akak? Dah Senget Tau!" - Nur Nilam Ortiz Kongsi 'Seksa' Buang Silikon, Putus Urat Dagu

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jadi Muslimah Lebih Baik, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon & Tatu - “Bengkak Muka Macam Ikan Kembung Tapi Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azlan Komeng Kongsi Surat Tuntutan Saman Fitnah, Hilang Sabar Dengan Fitnah Netizen - “Ini Adalah Langkah Pertama…”

Malah, Nilam juga dilaporkan sudah memfailkan fasakh namun Azlan memilih untuk tidak melepaskan isterinya itu.

Isu rumah tangga mereka menjadi perhatian lagi selepas seorang wanita berpurdah yang dipercayai bakal madunya memuat naik foto bersama Azlan.

Netizen mula membuat spekulasi mendakwa wanita itu sebenarnya Nilam namun usahawan itu tampil menafikan dakwaan tersebut.

undefined
#Suami #Isteri #Bahagia #Azlan Komeng #Nur Nilam #nilam