Hiburan

Dina Nadzir Pernah Nak Telan Macam-Macam Ubat Gara-Gara Kemurungan - "Insya-Allah Saya Kena Berdamai Dengan Takdir"

gempak
Ernalisa
23/01/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Dina Nadzir Pernah Nak Telan Macam-Macam Ubat Gara-Gara Kemurungan - "Insya-Allah Saya Kena Berdamai Dengan Takdir"
Penyanyi, penyampai radio, pelakon, pengacara, Dina Nadzir mendedahkan dia pernah hampir menelan pelbagai jenis ubat kerana bergelut dengan masalah kemurungan.

BERITA BERKAITAN: Berbahagi Suami: Berikan Gambaran Bagaimana Kehidupan Berbini Dua | Singgah Set

BERITA BERKAITAN: Jaga Pemakanan & Buat Aktiviti Fizikal, Dina Nadzir Berjaya Hilang 17 Kilogram! - “Saya Sekarang Sangat Suka…”

Jelas Dina, tindakan itu di luar kawalannya dan tanpa sedar telah membahayakan dirinya sendiri.
"Saya seorang yang terlalu memikirkan sesuatu terlalu jauh (over thinking) sehingga saya pernah nak telan macam-macam ubat hanya kerana sakit kepala yang terlalu teruk.
"Waktu itu nasib baiklah saya sedar awal yang tindakan saya itu bahaya untuk diri sendiri," katanya kepada Gempak.
Dina memberitahu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tagline Baharu SINAR "Muzik Retro Terbaik" di Hening Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun dia kini masih dalam rawatan di hospital untuk memastikan emosinya terjaga.
Kata Dina, keadaan itu semakin pulih apabila dia kini menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti luar.
"Ya betul, saya sekarang masih menerima rawatan dan saya semakin ok.
"Alhamdulillah makin baik sebab saya banyak buat aktiviti luar seperti pergi spa, saya jumpa kawan-kawan di luar.
"Semua itu membantu saya dari terus kemurungan yang begitu melampau," ringkasnya.
Kata Dina, menurut ahli terapi, kemurungan yang dilaluinya berpunca daripada perasaan sedih akibat kesunyian.

"Ada betulnya kerana saya kehilangan orang yang saya sayang seperti arwah Adibah Nor dan arwah bapa saya dalam tahun yang sama.

"Semua itu betul-betul beri kesan pada diri saya ketika itu.
"Selain emak dan adik beradik, dua insan inilah tempat untuk saya kongsikan banyak cerita," katanya.
Kata Dina, dia turut mengharapkan agar masyarakat mendekati dan memahami situasi individu yang mempunyai kemurungan.
"Masalah kemurungan bukan masalah kecil. Kita kena bantu sesiapa sahaja yang mengalami situasi ini. Sebab saya tak mahu golongan ini melakukan perkara luar kawalan. Ia sangat bahaya sebenarnya.
“Insya-Allah saya kena berdamai dengan takdir dan teruskan hidup tanpa mereka dan lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati saya.

"Sekarang baru saya tahu kenapa ramai wanita suka pergi buat rawatan kecantikan. Kita rasa tenang dan rilaks.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah empat bulan saya tidak diserang dengan masalah ini (kemurungan).
“Alhamdulilallah banyak perubahan dalam diri saya sejak saya amalkan gaya hidup sihat. Saya gembira dengan hidup saya sekarang," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024