GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Dinobat Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak GMWA24, Sofea Shra: “Tak Penting Pun Menang Tapi…”
Sofea Shra, pemenang kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak mengaku tidak penting buat dirinya menang atau tewas dalam Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2024.
BERITA TRENDING: #GMWA24: Konten 'Melaram' Sofea Shra Paling On Point! Rangkul Trofi Digital Creator (Beauty & Fashion)Tergempak
Namun si cantik yang banyak memberi pengaruh dengan pelbagai kandungan kreatif merangkumi bidang kecantikan dan fesyen berkata kemenangan yang diperoleh boleh membakar semangat serta sentiasa menyediakan konten yang berkualiti buat masyakarat.“Saya tidak rasa penting tapi jika menang ia lebih kepada kepuasan diri sendiri kerana sudah lama menyediakan konten di media sosial.
“Sejujurnya hdup saya tidak berubah bila menang dan jika tidak menang pun hidup saya akan berjalan seperti biasa.
“Saya dapat Top 5 pun sudah rasa menang kerana berjaya memikat hati dengan konten yang baik.
“Dan bila menang menerusi kategori seperti ini dalam penganjuran GMWA24, saya melihat inisiatif ini bagus kerana memberi semangat dan inspirasi untuk terus menghasilkan konten-konten yang berkualiti dan bermanfaat,” katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Impian Tercapai! Sofea Shra Teruja Tercalon Top 5 ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024’ - “Tak Jangka Tapi Sangat Berharap”
Menerusi kategori yang dipertandingkan, Sofea Shra menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Agy, Hawa Johanis, Malia dan Yanna Hassan.Malah gadis berusia 27 tahun ini sedang memikirkan give away buat peminat yang mengundi sehingga dirinya berjaya.
“Sebenarnya saya sudah mula memberi give away kepada pengundi sebagai tanda apresiasi sebab undi saya. Jadi sekarang saya perlu fikir sesuatu (give away) yang lebih baik buat mereka kerana saya menang. Niat itu sudah ada tapi belum tahu apa untuk dilakukan,” katanya menutup bicara.
Must-Watch Video